Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..
Gadis : Masuklah dulu,
jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh
ke?
Gadis : Masuk je lah, saya
nak bersiap
Menyusup masuk si teruna
melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si
Teruna.
Teruna :
Assalamualaikum.
Bapa Gadis :
Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya
suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik
tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat
kerusi ini.
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan
salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis.
Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis: Nak jalan
kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik,
dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis :
Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa
suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa
air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni
sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik.
Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni
malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik.
Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak
hantar rombongan?
Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya
ni?
Teruna : Ehh. Duit takde
lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak
kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan
orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami
naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik
sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde
masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik
nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20
ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah
la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah
ni
Teruna : Berapa tu mak
cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu
ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko
melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak
cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu
la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan
kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang
akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk
merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak
pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah
tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh
pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah.
Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan
kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh
nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut
makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya
lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram.
Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari.
Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya,
orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun
sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis :
Abahnya!
Teruna : (kah kah kah..
bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca
quran?
Ibu Gadis : Boleh
sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir
bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1
agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis :
Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik.
Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu
tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar
saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau
solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan
si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan
menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung
lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup
aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat
makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni
‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas
dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar.
Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.
Mata bapa si gadis direnung
tajam oleh mata ibu si gadis.
Ketiga mereka menundukkan
kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas
nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya pada majlis perkahwinan.
Adat mengatasi agama.
Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai.
Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak
perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar
berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang
berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan
sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar
mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan.
Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur
hidup.
Teruna : Pakcik nak anak
pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami
berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik,
makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok
lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat
bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya
berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera
mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu,
si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat
melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai
pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah
pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita
terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah.
Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan
anak aku!
Teruna : Lama lagilah
camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik,
‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah
melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu
penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak
luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang
meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh
hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan
betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka
mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang
ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul,
dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik
sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan
kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik
tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak
lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah
pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk
berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak
berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je
biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je.
Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi
berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni
peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang.
Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik.
Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah
orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur
32).
Takkan la kita tak yakin
dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu
insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita
boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara
dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak
elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si
gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk
mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la
zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan
persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain
yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena
nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga
cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE
HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah
sikit.
Teruna : Betul dah tu
pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang
walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara
islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya
seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau
berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat
mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah
pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah
sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang
ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu
pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya
yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada
Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang,
jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna
memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun
ajakan ditolak dengan lembut.
Lantas si teruna memberi
salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna
mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta
dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.
Sedang si gadis yang sedari
tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan
kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah
pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga
menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke
ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak
tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa
abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah,
tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan
tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi
la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai
telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai
mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima
daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih
dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada
agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak
keluar, sorry……..
Dan minggu depan ayah suruh
hantar rombongan.
p/s: Hanya sekadar cerita
untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita
berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.
sumber http://suaraislamik.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment