Saturday, October 5, 2013

Filled Under:

Mengapa Perlu Kahwin Muda?

Kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

15 Kebaikan Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika
dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan
kebaikannya:
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan
abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian
saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya
baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang
yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang
isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa
perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga
mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan
ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima
hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu.
Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan
diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan
depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika
pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari
fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah
bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan?
Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya
reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
"Diantara tanda-tanda
kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Surah Ar-Rum; Ayat:
21).
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan
bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus
dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam
pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya
kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini
bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya
menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama
saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang
lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal
pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan
peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah.
Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun
kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik
beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa
sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat
memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia
saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan
seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman
dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu
destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini.
Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat
saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya
ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan
teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami.
Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari
landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam
hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang
agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat
saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita
yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda.
Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah
agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal
menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina
ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir
50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain.
Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu
kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja
merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh
slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal
baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut
tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi
faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi
saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat.
Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan
perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya
boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang
hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat?
T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada
usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang.
Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak
seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak
malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam
semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan
jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya
bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya.
Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya
untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang
soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara
seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu
kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih
dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini
menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang
taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua
ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup
untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak
sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
11. Fikiran lebih
matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya
terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama
rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang
lebih berfaedah dan matang.
12. Membaiki diri
Ramai mengakui,
turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana
mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas
baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si
isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan
secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
13. Plan jangka
panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal.
Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai
kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi
yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan
masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan
:P
14. Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda
lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara
faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di
mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan
untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15 Rezeki
bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan
ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan
rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu
memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya
melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama,
dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya
sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya
dan bepegang kepada rahmat-Nya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 Akhir Zaman.