Friday, October 11, 2013

Filled Under:
, ,

Mr. Bean Masuk Islam Adalah Berita Palsu

Berita palsu Mr Bean masuk islam hanya khabar angin. Pada mulanya khabar Rowan Atkinson masuk muslim disebarkan oleh laman portal www.israellycool.com tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian dunia islam. Untuk membetulkan keadaan, portal israellycool telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson bernama Lucy dan ternyata beliau masih belum memeluk islam. Pada masa yang sama, tiada berita sahih daripada portal rasmi media barat. Untuk info, Mr Bean juga pernah dikhabarkan meninggal dunia sebelum ini dan ianya juga adalah khabar angin.



Bukti Mr Bean/ Rowan Atkinson Masuk Islam Berita Palsu
Portal israellycool.com adalah antara portal terawal yang menyiarkan berita Mr Bean masuk islam dalam bahasa inggeris yang diterjemahkan dari laman web anti-israel. Pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah masuk islam. Untuk menamatkan spekulasi mengenai isu tersebut, portal israelly.com telah menghubungi kenalan atau ejen terdekat Mr Bean untuk mengesahkan perkara tersebut. Namun, pada ketika ini Lucy selaku ejen terdekat Mr Bean mendakwa setakat ini Mr Bean masih belum memeluk agama islam.
 
 
</div>

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 Akhir Zaman.