Tuesday, October 29, 2013

7 Tips Menambat Kasih Suami

DALAM melayari alam rumah tangga, tentunya kemanisan yang ingin diharapkan. Tetapi sudah menjadi asam garam berumah tangga, si suami mungkin berubah sikap selepas beberapa tahun membina mahligai bersama.
7 TIPS MENAMBAT KASIH SUAMI

Sedangkan si isteri sering tertanya-tanya apakah yang terjadi di sebalik perhubungan yang semakin menampakkan jurang.


Justeru, sudah menjadi kewajipan bagi suami isteri mencari jalan penyelesaian untuk kemelut yang dihadapi.

Persoalan, adakah kamu ingin membuatkan suami benar-benar bahagia dan berasa beruntung setelah menikahi kamu sebagai wanita impiannya selama ini? Hal ini sememangnya tidak sukar untuk dilaksanakan dengan beberapa tip berikut :

1) Luangkan masa untuk diri sendiri-Selain melaksanakan hal berkaitan pekerjaan dan ahli keluarga, suami juga perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Katakan kepada pasangan bahawa kamu mengerti apa yang dirasai dan diinginkan.

Yang pasti, jangan sampai dia terlupa melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami. Kamu berdua seharusnya berbincang tentang bagaimana dan sejauh mana dia dapat menggunakan waktunya untuk diri sendiri.

2) Beri perhatian -Ada ketikanya suami inginkan perhatian sepenuhnya daripada kamu, dengan meminta kamu mendengar segala masalahnya.

Walaupun cerita yang disampaikannya itu tidak menarik perhatian kamu, jangan sesekali menunjukkan rasa kurang minat. Sebaliknya, pamerkan rasa ingin tahu, tanggungjawab dan beri perhatian yang serius.

Tidak rugi sekiranya kamu memberi perhatian di atas apa yang diceritakannya itu.

3) Tidak mengongkong -Berkumpul dan bersosial bersama teman-teman adalah perkara yang digemari oleh seorang lelaki. Dia bebas bercerita apa saja dan dapat memberi semangat baru. Kebebasan tanpa menyekat atau mengongkong pergaulan dengan rakan-rakannya membuat dia mengerti bahawa kamu memahami kehendak dan kepuasan yang diinginkan selama ini.
7 TIPS MENAMBAT KASIH SUAMI

4) Beri perhatian kecil-Bagaimana jika kamu mengemaskini susun letak pakaian dalam almari atau menyediakan secawan kopi sebelum kepulangannya dari pejabat. Pasti dia akan tersentuh melihat usaha yang kamu lakukan itu.

Memberi perhatian kecil kepada pasangan memberi maksud yang mendalam kepada pasangan. Hal ini mengingatkannya kembali akan pengorbanan dan penghargaan yang kamu diberikan terhadapnya.

5) Beri pujian-Rasa percaya terhadap dirinya dalam menjalankan segala tugasan sebagai seorang suami, baik di ranjang atau perilakunya sebagai ayah, patut diberi pujian. Pastikan pujian kamu itu tulus dan tidak berlebihan.

6) Beri kepercayaan-Jangan mencabar kebolehan yang dimiliki atau menyuruh dia menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan orang tuanya. Terlalu banyak nasihat akan membuatkan dirinya kurang dipercayai dan hal ini dapat mencetuskan perbalahan antara kamu berdua.

7) Cipta impiannya-Apabila dia mengatakan kepada kamu bahawa suatu hari dia ingin memiliki sebuah rumah sendiri, cuba tanya pada diri sendiri, apakah yang ingin kamu berikan kepada pasangan? Mendengar sahaja atau menghargai impiannya? Dengan segala impian dan harapan, kamu perlu memberikan sedikit ruang untuk dia merealisasikan impiannya.

Wallahu'alam.

Monday, October 28, 2013

Seorang Polis Wanita England Jatuh Cinta Pada Islam

Jalan hidayah boleh datang dari mana sahaja. Tak pernah disangka. Sungguh misteri. Jika Allah menghendaki memberi hidayah kepada seseorang, tak ada seorang pun yang boleh menghalangnya.
Anugerah hidayah Islam diperolehi oleh seorang polis wanita England. Islam datang dalam hidupnya bermula apabila ia termasuk kes keganasan rumah tangga seorang wanita.
“Saya rasa Saya jatuh cinta dengan Islam.”
Polwan berusia 28 tahun itu mengenal Islam ketika ia membantu seorang wanita mangsa keganasan dalam rumah tangga (KDRT) di Eccles, Salford.
“Bermula ketika Saya mendapati seorang wanita mendatangi saya di tempat kerja, yang mengalami keganasan rumah tangga.”
Mulakan Jayne ingin lebih mengetahui tentang Islam, soal penyelesaian kes itu. Ibu dari dua anak itu kemudian berbincang dengan Muslim yang lain yang ia dapati di Twitter.
“Di tempat Saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan populasi Muslim yang besar, jadi Saya fikir Saya harus mencari lebih banyak tentang ini,” katanya.
Jayne, yang sekarang sehari-harinya memakai tudung, pernah ingat bahawa ia selalu mendengar isu negatif tentang Islam, bahawa wanita dalam Islam itu teraniaya. Ternyata semua itu salah.
Jayne juga mengagumi ternyata Islam mengajarkan untuk nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada jiran, menghormati orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda.
Jayne mengucapkan Syahadat pada April tahun lalu dan merancang untuk menukar namanya menjadi Aminah.
Jayne mengatakan bahawa keislamannya diterima oleh keluarga dan rakan-rakan kerjanya. Ia mengatakan bahawa ia tidak akan memaksa kedua-dua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam

Ustaz Azhar Idrus Diganggu Makhluk Halus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca-pembaca semua, bila kita sebut tentang gangguan makhluk halus di tempat-tempat tertentu, mesti pelbagai cerita yang pernah didengari atau dihadapi sendiri.
Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus, dikatakan beliau telah di ganggu oleh makhluk halus di sebuah hotel di Cherating, meh dengar cerita beliau..

Sunday, October 27, 2013

Dia Umpama Saidatina Khadijah Akhir Zaman...

13 Mei Puan Ibu Hatijah Aam kembali ke tanah air selepas diusir oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan overstay. Selama hampir tiga tahun di Haramain, Puan Ibu Hatijah telah berjaya meletakkan namanya dalam kelompok elit di Mekah.

Jemaah umrah dari Malaysia dan Indonesia terutamanya yang sempat menziarahi projek-projek GISB waktu itu, juga sangat kagum dan terharu kerana adanya seorang wanita Melayu yang mampu mengendalikan sebuah empayar perniagaan di sana.

Menjelang 31 Ogos, Puan Ibu Hatijah Aam mencapai persetujuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor untuk bertaubat dan mematuhi fatwa. Persetujuan dan pematuhan yang dicapai telah mencipta satu jalinan erat antara GISB dan JAIS.

Pada hari kedua Aidil Adha iaitu pada 16 Oktober, satu majlis penuh tertib, meriah dan indah berlangsung di Bandar Country Homes, Rawang. Majlis kasih sayang dan ramah mesra GISB bersama JAIS diikuti acara pelupusan bahan dilarang fatwa. Peristiwa dan ciptaan sejarah yang menakjubkan.

Sejak kepulangan Puan Ibu Hatijah Aam ke Malaysia, beliau giat mengemaskinikan syarikat dan sebuah yayasan peninggalan suaminya yakni Global Ikhwan Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia.

Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia disegarkan dengan langkah pengstrukturan semula pentadbiran dan operasinya ditambah lagi dengan imej baru yang lebih komprehensif.
Pelancaran dan perasmian YKPPM di era baru akan diadakan di sebuah dewan berprestij di Ibu Kota dan akan dirasmikan oleh seorang kenamaan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Ibu Negara.

GISB yang dulunya hanya sebuah syarikat kecil tetapi 'gah' kini telah dinaiktarafkan kepada GISB Holdings Sdn Bhd dengan gabungan beberapa anak syarikat. Global Ikhwan Sdn Bhd sekarang hanyalah merupakan salah sebuah daripada anak syarikat yang bernaung di bawah GISB Holdings Sdn Bhd.

Kemampuan menerajui dan mengendalikan dua institusi berdaftar dan beroperasi secara sah menurut undang-undang Malaysia, Puan Ibu Hatijah Aam telah dilihat sebagai seorang tokoh wanita yang mempunyai prinsip yang begitu kukuh dan berjiwa kental.

Keupayaan beliau dilihat bukan sahaja kerana memiliki idea, pemikiran yang tajam, kepimpinan dan wawasan yang jelas dan jauh ke hadapan, tetapi banyak pihak mengakui beliau mempunyai kekuatan rohani yang begitu ampuh.

Setiap perjumpaan bersama Ahli Lembaga Pengarah juga dengan rakan-rakan kongsi lainnya, perkara paling penting ditekankan ialah persoalan takutkan Allah dan rindu kepada Rasulullah.

Kesungguhan membina rasa hamba dan ciri-ciri khalifah dalam team pengurusan dan juga staf di semua peringkat menjadikan GISB Holdings Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia memiliki kekuatan yang luar biasa berbanding syarikat perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan lain.

Ramuan atau resepi  inilah yang menjadi formula rahsia sepanjang perjalanan syarikat yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Ashaari ini. Puan Ibu Hatijah Aam yang menyambung usaha suaminya itu telah mengekalkan pendekatan dan kaedah yang sama bagi menjamin keberkesanan operasi syarikat dan yayasan.

Apa yang menariknya ialah, sejak kepulangan Puan Ibu Hatijah Aam ke bumi berkat ini, GISB Holdings dan YKPPM telah dirisik dan cuba dilamar oleh beberapa pihak. Pihak yang datang merisik dan melamar itu pula bukanlah datang dari kalangan syarikat kecil-kecilan atau yang baru menetas.

Beberapa orang kenamaan telah datang mewakili pihak yang berkepentingan di arena ekonomi kebangsaan dan rantau Asia. Mereka datang dengan berbagai tawaran dan peluang perniagaan. Pihak JAIS pula contohnya mempelawa diadakan kerjasama dalam hal-hal kebajikan dan ketaqwaan.

Melihat senario ini, spontan hati lalu menduga apakah semua yang berlaku hanyalah secara kebetulan atau sebenarnya dirancang secara teliti dan berhati-hati oleh pihak-pihak tertentu?

Ia! Tidak ada yang berlaku secara kebetulan melainkan semuanya dalam perencanaan Tuhan. Mungkinkah juga terdapat kuasa-kuasa ekonomi atau politik yang sedang meneropong GISB Holdings dan YKPPM dengan perhatian yang begitu cermat?

Puan Ibu Hatijah Aam sebenarnya lebih sinonim dengan panggilan Ummu Jah. Nama daftarnya ialah Hatijah binti Aam. Tetapi dulu lebih popular dengan Khadijah Aam iaitu nama yang digandingkan dengan suaminya, Ustaz Ashaari Muhammad pada hampir setiap judul buku sebagai penulis bersama.

Ummu Jah adalah nama yang tidak asing lagi dipersada negara, bahkan juga di luar negara. Setelah tiga tahun permergiaan suaminya, beliau masih mampu bertahan dalam gelombang badai dunia perjuangan melalui paltform perniagaan seperti mana semasa beliau bersama suaminya.

Keutuhan jiwa yang dimiliki oleh Puan Ibu Hatijah ini tentulah mengundang rasa cemburu oleh para pesaingnya, apatah lagilah musuh-musuh beliau. Namun dalam masa yang sama, tentu ada pihak yang lebih cerdik dan bijaksana sedang mengintai dan mengamati kelebihan ini.

Pada masa yang sama, negara pula sedang menghadapi kepincangan dan kebobrokan dari semua aspek seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan budaya.

Tidak mustahil pasukan tertinggi pentadbiran negara sedang meneliti dari semua aspek, apakah formula atau rahsia kekuatan GISB Holdings yang dulunya dikenali dengan Al Arqam boleh menjadi alternatif sebagai jalan keluar kepada masalah negara.

Andaian atau telahan ini bukan sekadar omongan kosong, tetapi sangat didasari oleh sumber-sumber yang kukuh. Sejak lama, MARA yang merupakan agensi kerajaan dalam pembangunan masyarakat bumiputera telah sangat mengakui perkara ini.

Biro Tata Negara yang suatu ketika dulu merupakan agen doktrin pemikiran nasionalis Melayu juga tidak mahu terkecuali dalam mengkagumi kecekapan Al Arqam dalam menyelaraskan kefahaman dan keyakinan seluruh ahli gerakkan mereka.

Maka tidak hairanlah jika Puan Ibu Khadijah adalah merupakan seorang balu atau janda kaya yang sedang dicermati oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam skrip perjuangan Rasulullah SAW ada watak heroin terkenal bernama Khadijah rha, juga merupakan seorang bangsawan, cendikiawan cuma ianya janda kaya.

Tidak mustahil di arena politik tanah air dan antarabangsa yang jelas sedang menuju kejatuhan di mana-mana sekarang ini, mungkin juga terdapat watak heroin yang seakan sama. Hanya Allah Yang Maha Tahu.

Sementelahan pula Ummu Jah, GISB Holdings Sdn Bhd dan YKPPM sudah kembali kepada masyarakat dan negara melalui langkah mematuhi fatwa dan sedia bekerjasama dengan mana-mana jabatan, agensi atau pihak berwajib.
 

NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Hebat! Masjid Pertama Direka Bentuk Oleh Wanita (9 Foto)

masjid5
Jangan terkejut jika anda melihat reka bentuk dalaman dan luaran masjid ini sebenarnya telah diilhamkan oleh seorang pereka intertior terkenal di peringkat antarabangsa. Apa yang lebih menariknya, pereka ini bukanlah seorang lelaki, tetapi seorang wanita. Rekaannya tidak ubah seperti sebuah mahligai mewah. Namun membina masjid bukanlah semata-mata untuk tampak cantik, tetapi biarlah ia penuh diisi dengan para jemaah.
Zeynep Fadillioglu, interior designer terkenal di peringkat antarabangsa, adalah wanita pertama yang pernah mereka bentuk sebuah masjid di Turki. Terletak di Istanbul, Masjid Sakirin adalah benar-benar cantik. Ia mempunyai keseimbangan yang sempurna antara masa lalu dan masa kini, di antara timur dan barat, terutama lampu yang begitu indah sekali ‘ Fadillioglu’ .Seorang wanita boleh menawarkan pengalaman yang berbeza dan lebih estetika menyenangkan:
“Saya mengambil berat tentang sebelah aesthetical, saya mengambil berat lebih lanjut mengenai orang ramai, saya cuba untuk memberikan tempat yang akan benar-benar mendekatkan manusia dengan Tuhan, bukannya mewujudkan simbol.”katanya..
masjid4
masjid3
masjid1
masjid8
masjid7
masjid6
masjid9

Monday, October 21, 2013

Lelaki Terjun Dari Menara Kerana Takutkan Wanita...

Kisah Lelaki Terjun Dari Menara Kerana Takutkan Dosa. Dikalangan Bani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah.

Kisah Lelaki Terjun Dari Menara Kerana Takutkan Dosa | Dikalangan Bani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama mengawalnya daripada berfoya-foya.
Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya. “Suruh orang muda itu masuk menghadap,” titahnya kepada dayang tersebut.
Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini.” Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.
Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, “Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.”
Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, “Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu!”
Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, “Baiklah! Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.” Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.
Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, ” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.”
Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana. Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!”
Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dari menara yang tinggi itu.
Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: “Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”
Wallahulam
“Daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat, di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah: Pemerintah yang adil, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah, remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah, seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya), seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui dan seseorang itu yang mengingati Allah hingga mengalirkan air mata.”

Saturday, October 19, 2013

Kedudukan Al-Marhum Ustaz Ashaari Muhammad Di sisi Warga GISB


Ada beberapa orang teman bertanyakan Pak Lang tentang kedudukan Al-Marhum Ustaz Haji Ashaari Muhammad di sisi warga GISB. Pertanyaan ini bermaksud status diri Al-Marhum setelah GISB mengisytiharkan kembali mengikut kehendak Fatwa (Terhadap Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad). UNTUK RUJUK FATWA, SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI

Pada Pak Lang isu kembali kepada kehendak Fatwa ini sangatlah mudah. Pada asasnya hal ini bermula dari niat dan keazaman. Puan Ibu Hatijah Aam selaku Pengerusi Eksekutif GISB telah mendapat kesedaran apabila diberi peluang berbincang dan mendapat penjelasan daripada para pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sesi perbincangan yang berlarutan dari masa ke semasa telah membuka pintu hati Puan Ibu Hatijah bagi menerima keputusan J/K Fatwa sepenuhnya. Ianya keputusan yang dibuat dengan hati yang tulus kerana bukan mudah siapa sahaja untuk memaksa beliau.
Pak Lang ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAIS di atas kesungguhan mereka membuka ruang perbincangan yang sangat bermakna bagi Puan Ibu Hatijah. Siapa yang mengenali Puan Ibu Hatijah akan tahu bahawa bukanlah mudah untuk sesiapa pun berdepan dengan bekas ketua muslimah Al-Arqam itu. Tetapi beginilah hakikat yang terjadi. Rupanya tidak sukar meruntuhkan tembuk pemisah antara Puan Ibu Hatijah dengan pihak berkuasa agama. Apakah rahsianya?
Pada Pak Lang rahsianya ada pada diri Puan Ibu Hatijah itu sendiri. Bagi sesiapa yang mengenalinya, pastilah sangat ketara sifat lurus hatinya dengan kebenaran. Hati dan jiwa Puan Ibu Hatijah sangat sensitif dengan kehendak atau tuntutan agama. Selama ini yang dipegangi dan diyakininya adalah berdasarkan kepada apa yang dia yakin itulah keyakinan beragama yang sepatutnya.
Justeru dia boleh berubah kerana dia tidak mempunyai agendi peribadi atau mensasarkan sesuatu untuk peribadinya. Dia tidak mengambi sebarang kesempatan untuk diri dan keluarganya. Soal orang yang menyangka dan menuduhnya bukan-bukan, itu mereka jawablah di depan Tuhan di Padang Mahsyar.
Pak Lang yang mengenalinya sangat tahu jika terhadap peribadinya, dia boleh diherdik, dihina, dicaci, dimaki dan sebagainya. Dia akan kelihatan sangat selamba mendengarnya. Bahkan dia akan memberi peluang seluas-luasnya bagi dipenuduh berkata apa saja yang jelek terhadap dirinya. Dia tidak pedih telinga mendengarnya.
Pak Lang menyaksikannya banyak kali berlaku dan pernah dia ucapkan dorongan supaya di penuduh meneruskan tohmahan serta penghinaan terhadap dirinya. Katanya, "Kejelekan saya yang anda ucapkan itu masih terlalu sedikit. Sebenarnya banyak lagi yang anda tidak sebut atau tidak tahu. Jika anda mahu, saya bersedia mendengarnya semua yang anda ingin luahkan. Apa-apa pun terima kasih kerana anda sudi berkongsi dengan saya tentang semua yang perlu saya baiki di dalam diri saya!!"
Apa yang dimarahinya ialah jika ada sesuatu yang merosakkan perjuangan yang diyakininya. Baginya Islam yang ingin diperjuangkan itu adalah Islam yang dijanjikan di dalam solatnya iaitu "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, seluruhnya aku persembahkan ke hadhrat Tuhan pemilik seluruh alam." Dan jika dia sudah terlibat di dalam jemaah yang sebegini, dia bersedia menyerahkan hidup matinya untuk itu. Dari sudut inilah, 'Ummu Jah' di lihat keras atau degil.

Keputusan kembali kepada Fatwa yang dibuat beliau membuktikan beliau adalah seorang yang boleh dibawa berunding. Beliau berpotensi mendengar pandangan dan buah fikiran pihak lain. Keterbukaannya terbukti.

Pak Lang yakin Puan Ibu Hatijah membuat keputusan kembali kepada Fatwa ini dengan kesedaran dan keinsafan yang mendalam. Sebab itu beliau tawarkan semua staf GISB untuk bersamanya menyahut hasrat pihak JAKIM, JAIS dan semua pihak berkuasa agama di negeri-negeri untuk tunduk menerima keputusan Jawatan Kuasa Fatwa, Majlis Fatwa Kebangsaan. Setakat ini semua staf GISB seramai 4,000 orang sebulat suara menyambut hasrat beliau. Hujjah yang beliau kemukakan kepada kami sangat menyedarkan kami betapa perlunya kami tunduk dan patuh dengan keputusan Fatwa berkaitan.
Kami sedar dan insaf, selama ini kami telah menyinggung perasaan banyak pihak kerana kedegilan kami. Ianya tidak sepatutnya kami lakukan sedangkan pihak yang mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam di negara ini sudah membuat keputusan. Suatu yang muktamad telah dipaterikan terhadap pergerakan perjuangan kami atas nama Al-Arqam yang didasari oleh pegangan dan amalan Aurad Muhammadiah sebelum ini.
Hujjah-hujjah yang dikemukakan kepada kami sepatutnya dapat diterima sebaik fatwa diputuskan. Tetapi kami berdegil untuk tunduk sedangkan pihak berwajib sudah menanti hampir 20 tahun selepas keputusan Fatwa pada tahun 1994. Masa yang begitu panjang diberikan kepada kami supaya kami kembali ke arus perdana dengan rela hati dan benar-benar berubah. Dari sudut ini tentulah tidak dapat dinafikan betapa luasnya ruang budi bicara JAKIM, JAIS dan lain-lain terhadap kami. Jelaslah pihak tersebut mempunyai pendekatan yang sangat terbuka dalam menangani isu kami selama ini.
Sekarang, semua staf GISB sedang melalui proses transformasi kefahaman daripada faham Aurad Muhammadiah kepada pegangan serta kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tentunya ia akan memakan masa tetapi dengan bantuan semua pihak diharapkan proses pemulihan ini akan dapat berjalan lancar dan cepat.
Persoalan yang timbul kepada sebahagian orang ialah bagaimana kedudukan Al-Marhum Ustaz Haji Ashaari Muhammad di sisi bekas pengikutnya? Inilah yang kami kerap ditanyakan. Semuanya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan keyakinan kami sebelum ini. Terhadap diri Al-Marhum, apakah panggilan terhadapnya sekarang? Apakah status ketiadaannya? Mati atau ghaib? Bagaimana pula dengan keyakinan sebelum ini terhadapnya sebagai Pemuda Bani Tamim dan lain-lain gelaran?
Di kesempatan ini izinkan Pak Lang nyatakan pandangan Pak Lang mengenai isu ini. Sememangnya perkara ini juga mudah. Sekadar untuk menukar sebutan atau panggilan tidaklah payah dan sukar. Apa yang penting ialah perubahan keyakinan atau pendirian. Apa yang disebut sebelum ini dengan pelbagai istilah yang kontroversi adalah sesuatu yang ditunjangi di dalam hati. Ungkapan di mulut itu ialah apa yang dipegang kejap di dalam hati. Kuatnya keyakinan kami atas apa jua hal berkaitan Aurad Muhammadiah dan lain-lain itu Tuhan sahaja yang tahu.
Kami dilihat sangat tertutup, sangat taasub dan sangat fanatik dengan ajaran Al-Marhum. Pandangan orang lain, kami tidak dapat menerimanya dengan mudah. Kami dilihat sedang berada di dalam kepompong seperti katak di bawah tempurung. Sejauh mana kami berhasrat untuk tampilkan keberadaan kami sebagai suatu yang releven di sisi masyarakat, sejauh itulah kami terus dipertikaikan. Ertinya fatwa yang telah diputuskan itu benar-benar mengikat kami dengan komitmen pemulihan yang berterusan. Kami insaf tentang hakikat kesilapan kami selama ini.
Jadi, dalam proses pemulihan ini, rasanya kami perlu diberi ruang atau tempuh peralihan atau tempuh masa transformasi. Justeru Pak Lang suka nyatakan di sini tentang kedudukan Al-Marhum Ustaz Haji Ashaari (UHAM) sekarang – apabila kami akur menerima fatwa. (Maka kalau kami masih tersasul atau tersilap, diharapkan kami masih boleh dimaafkan). Antaranya ialah;
a) Al-Marhum UHAM sudah meninggal dunia pada 13 Mei 2010. Beliau sebenarnya sudah kembali ke rahmatullah seperti manusia yang lain. Setiap yang bernyawa pasti menemui mati. Maka Al-Marhum UHAM tidaklah boleh dianggap ghaib sehingga ditunggu-tunggu kedatangannya semula.
b) Al-Marhum UHAM bukan lagi Putera Bani Tamim. Jadi tidak ada lagi panggilan atau sebutan yang boleh membawa makna kepada gelaran tersebut. Apa jua ringkasan kata tidak lagi akan digunakan seperti PBT (Putera Bani Tamim) atau AFT (AlFata At-Tamimi).
c) Al-Marhum UHAM bukan lagi Sohibuzzaman. Maka huruf ringkas SZ (Sohibuz Zaman) tidak akan digunakan lagi. Al-Marhum juga bukan lagi pemimpin yang dijanjikan di akhir zaman samada sebagai wazir kanan (pembantu) Imam Mahdi atau ketua para wali atau sebagai bakal pemimpin Malaysia. Maka tidak ada lagi penggunaan perkataan ‘Wazir’ atau ‘bakal PM’.
e) Panggilan ‘mursyid’ kepada Al-Marhum eloklah dielakkan kerana ianya membawa makna yang khusus. Manakala panggilan ‘Abuya’ dengan menganggapnya sebagai guru yang banyak berjasa, masih boleh diterima. Sementelah sebutan ‘Abuya’ juga merupakan istilah para anak murid kepada para guru terutama di kalangan masyarakat Indonesia. Sebutan Buya Hamka sebagai contohnya adalah sebutan yang diterima pakai masyarakat nusantara sejak dulu lagi.
f) Kedudukan Al-Marhum UHAM sebagai ‘guru’ ini wajar difahami kerana inilah akhlak yang dituntut di dalam ajaran Islam. Siapa pun yang mengajar dan mendidik kita sebelum ini, tetaplah akan menjadi guru kita seumur hidup, dunia-akhiat – walaupun yang diajarkannya hanyalah satu huruf. Apa pun kesilapan atau kesalahan seseorang, tetaplah tidak menafikan kebaikan atau jasa sumbangan yang telah diberikannya.
g) Kedudukan Al-Marhum UHAM sebagai suami bagi isteri-isterinya, ayah atau datuk bagi anak cucunya, mertua bagi menantu-menantunya dan lain-lain hubungan atau panggilan kekeluargaan adalah kekal tidak berubah dari panggilan yang digunapakai selama ini.
h) Menyimpan gambar Al-Marhum sebagai guru atau ketua keluarga, masih wajar dibenarkan dengan syarat sekadar menganggap Al-Marhum itu hanya seorang guru atau ketua keluarga – tidak lebih dari itu.
Rasanya sekadar inilah dulu paparan kali ini dengan harapan apa yang Pak Lang tulis ini dapat membantu pencerahan minda semua pihak. (Banyak lagi yang hendak Pak Lang tulis tetapi kekangan masa sedikit sebanyak merencatkan hasrat di hati). Bagi anak cucu di dalam GISB, diharapkan akan tahu meletakkan Al-Marhum UHAM pada sisi yang tepat. Kita diajar dalam Islam untuk pandai mengambil pendirian dan bijak membuat pertimbangan. Hal yang mudah janganlah diserabutkan. Hal yang sulit dan serius jangan pula diambil sambil lewa.
Kembali kepada fatwa adalah isu yang sangat relevan untuk kita semua waktu ini. Janganlah ada yang berdolak dalik. Marilah kita menjadi orang yang mengutamakan perpaduan dan kasih sayang dalam bersama semua pihak membangunkan masyaralat dan Negara. Kita tidak perlu jadi keliru kerana jalan yang dibentangkan sangat jelas dan sangat bermanfaat. Kita sememangnya selama ini tersilap dan tersalah dari sudut akidah. Justeru kita tidaklah mengorbankan apa-apa pun kecuali ego dan sombong dari nafsu kita.
Jika kita sedar dan insaf bahawa kita semua adalah hamba yang hina, hamba yang berdosa maka kita akan sensitif dengan sebarang ajakan atau seruan supaya kita kembali kepada kebenaran. Sesuatu yang kita pegang selama ini - yang salah - tentulah pelik jika kita mahu pertahankan.
Kepada anak cucu di dalam GISB, marilah kita mulakan tekad dan azam baru bersama Puan Ibu Hatijah. Sesiapa yang ikut serta akan menjadi penama yang ada catatan dalam sejarah kembalinya pengikut Al-Marhum UHAM kepada kehendak fatwa. Kita kembali kepada kebenaran setelah lebih 20 tahun kita bertahan dengan kedegilan yang tidak sampai ke mana. Marilah kita bersama masyarakat arus perdana di Negara Malaysia yang tercinta ini meneruskan cita-cita menyemarakkan Islam sebagai cara hidup melalui saluran yang dibenarkan.
Kepada JAKIM, JAIS dan semua pihak berkuasa agama di Negara ini, Pak Lang ucapkan syabas dan berbanyak terima kasih di atas kesungguhan semuanya menangani masalah kami. Semoga Allah swt pertemukan kita dalam ruang kerjasama yang lebih harmoni dan saling hormat menghormati. Dan Dia jadikan setiap hati yang ikhlas dalam menjayakan proses pemulihan ini, mendapat pimpinan taufik hidayah dariNya yang berkekalan. KepadaNya kami berserah dan kepadaNya kita pasti kembali.
 

Wednesday, October 16, 2013

Bayi Baru Berusia Setahun Sudah Mengandung

Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.
 
Dunia Akhir Zaman memang makin pelik dan makin banyak misteri manusia yang tidak masuk akal. Yang ini benar – benar budak pelik 1 tahun tetapi hamil. Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.
 
 
 Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT.

sumber

Sunday, October 13, 2013

Pakcik Izinkan Anaknya Berzina...


Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..


Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.



Teruna : Boleh ke?


Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap



Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.



Teruna : Assalamualaikum.



Bapa Gadis : Waalaikumusalam.



Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.



Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.



Teruna : Eh..



Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.



Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?



Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya



Bapa Gadis : Oh..



Teruna : ??



Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.



Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?



Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.



Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.



Teruna : Segan cik. Hehe



Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?



Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?



Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe



Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?



Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.



Bapa Gadis : Boleh takde masalah



Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?



Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu



Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni



Teruna : Berapa tu mak cik?



Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki



Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?



Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.



Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.



Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?



Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya



Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)



Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak



Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa



Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?



Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.



Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.



Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.



Ibu Gadis : Abahnya!



Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?



Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot



Teruna : Kali terakhir bila?



Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.



Teruna : hmm..



Ibu Gadis : Kenapa?



Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?



Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.



Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?



Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.



Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.



Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.



Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.



Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.



Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.



Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.



Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?



Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.



Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.



Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.



Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.



Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.



Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!



Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?



Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.



Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.



Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula



Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.



Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan



Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?



“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

( TQS An Nuur 32).



Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.

Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.



Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.



Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.



Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.



Bapa Gadis : Serius lah sikit.



Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.

Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.



Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.



Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.



Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.



Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.



Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.



Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.



Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..



Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.



Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..



“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..



Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.



p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.

sumber http://suaraislamik.blogspot.com





Astaghfirullah, Gambar Jesus Dalam Buku Panduan Haji

 
Semua jemaah haji yang sedang mengikuti seminar untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah ternyata terkejut apabila menerima sebuah buku panduan haji yang mengandungi gambar Jesus.
Kementerian Agama Kota Bengkulu Indonesia juga terkejut apabila perkara itu diadukan oleh seorang peserta dalam seminar haji yang diadakan baru-baru ini.
Peserta, Yusrati pelik dengan gambar yang dipaparkan kerana memikirkan buku panduan itu seharusnya mengandungi ayat-ayat zikir dan juga cara-cara menunaikan ibadah haji.
“Di buku panduan haji ada gambarnya Jesus sedang menggembala kambing yang tertulis ‘Jesus Penggembala Kambing Yang Baik’,” katanya.
Menurut kenyataan dari Ketua Penyelenggaraan Haji & Umrah Kementerian Agama Kota Bengkulu, Efendi Joni berkata, buku panduan itu disediakan oleh pihak Kementerian Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama Republik Indonesia.
Efendi memberitahu buku-buku yang telah dicetak sebanyak 280 naskah itu akan dipulangkan semua kerana bimbang akan berlakunya salah faham yang melibatkan agama Islam dan penganut agama Kristian.
Dia turut memaklumkan insiden gambar itu mungkin mempunyai motif untuk menaikkan semangat marah di kalangan umat Islam.
Sumber: Yahoo News Indonesia

7 Sifat Syaitan Yang Harus Dicontohi

7 Sifat Syaitan Yang Harus Dicontohi. Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai


7 Sifat Syaitan Yang Harus Dicontohi | Assalamualaikum pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Harini memamng sibuk benar. Tak sempat nak godek banyak artikel. Tapi kali ni Dr Fuh nak share satu artikel yang agak lain dari lain sikit. Syaitan atau iblis. Semua orang kenal kan. Tapi apa yang kita semua tahu syaitan tu jahat. Disebalik kejahatan syaitan tu, percaya tak kalau Dr Fuh kata ada perkara yang kita boleh contohi? Haa. Ada…jom kita baca 7 sifat syaitan yang harus dicontohi.
1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.
2. Kreatif
Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).
3. Konsisten
Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.
4. Bekerjasama
Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.
5. Genius
Syaitan paling pintar dan genius otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.
6. Tanpa Merintih
Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.
7. Suka Berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.
p/s: Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama.

Gambar2 Ini Bukti Bulan Pernah Terbelah Dua

1
 
Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian. Wallahu’alam.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)
Menurut pihak NASA : 

Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali
Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.
 
mMmQh4x SubhanaAllah ! (5 Gambar) Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua
1PORlQo SubhanaAllah ! (5 Gambar) Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua
 
Sumber : http://gilerkentang.com

‘Takut sama Tuhan, bukan dengan saya’ - David Teo


Kuala Lumpur: “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang fitnah dan kontroversi.
“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.
“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.

“Jika mereka mengaku bercinta dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun, ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata produser MIG David Teo. David mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu. - hmetro

http://infojelita.blogspot.com

Friday, October 11, 2013

101 Sebab Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat

Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Nauzubillah. Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita wajib menutup aurat.

Firman Allah swt :
101 Sebab Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya (Al-Baqarah 286).
  1.         Menjalankan syi’ar Islam.
  2.         Berniat untuk ibadah.
  3.         Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
  4.         Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
  5.         Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
  6.         Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
  7.         Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
  8.         Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
  9.         Agar kaum wanita menutup auratnya.
  10.         Bukan kerana mahu bergaya.
  11.         Bukan kerana mengikut trend.
  12.         Bukan kerana berlagak baik.
  13.         Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
  14.         Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
  15.         Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
  16.         Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
  17.         Saya ingin menjadi wanita solehah.
  18.         Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
  19.         Tudung adalah pakaian taqwa.
  20.         Tudung adalah identiti wanita muslimah.
  21.         Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
  22.         Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
  23.         Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.
  24.         Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
  25.         Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
  26.         Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
  27.         Untuk meninggikan izzah Islam.
  28.         Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
  29.         Tudung lebih melindungi diri.
  30.         Membuat saya lebih merasa aman.
  31.         Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
  32.         Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
  33.         Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
  34.         Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
  35.         Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
  36.         Menghindar dari zina mata dan zina hati.
  37.         Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
  38.         Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
  39.         Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
  40.         Membuat saya lebih bersahaja.
  41.         Membuat saya lebih khusyu’.
  42.         Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
  43.         Membuat saya malu bila berbuat dosa.
  44.         Mendekatkan saya pada Allah.
  45.         Mendekatkan saya pada Rasulullah.
  46.         Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
  47.         Mendekatkan saya pada sesama muslim.
  48.         Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
  49.         Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
  50.         Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
  51.         Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
  52.         Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
  53.         Tudung bukan sesuatu yang kuno.
  54.         Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
  55.         Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
  56.         Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
  57.         Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
  58.         Membezakan diri dari penganut agama lain.
  59.         Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
  60.         Memperkuat tali silaturahmi dan ukhuwah sesama muslimah.
  61.         Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
  62.         Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
  63.         Membuat saya lebih terlihat anggun.
  64.         Membuat saya terlihat menyenangkan.
  65.         Membuat saya lebih terlihat wanita.
  66.         Tidak terlihat seperti laki-laki.
  67.         Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
  68.         Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
  69.         Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.
  70.         Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
  71.         Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.
  72.         Jodoh merupakan urusan Allah.
  73.         Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
  74.         Memudahkan saya dalam berdakwah..
  75.         Membuat lebih mudah bergerak.
  76.         Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
  77.         Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
  78.         Saya tidak suka memakai seluar yang ketat.
  79.         Seluar yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
  80.         Jimat masa dalam berpakaian.
  81.         Jimat masa dalam berhias.
  82.         Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
  83.         Jimat untuk membeli pakaian yang sedang trend.
  84.         Jimat untuk membeli make up.
  85.         Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.
  86.         Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
  87.         Mengurangkan risiko penyakit kanser kulit.
  88.         Pancaran matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
  89.         Mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
  90.         Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
  91.         Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
  92.         Membuatkan saya untuk hidup lebih sederhana.
  93.         Menghindari hidup yang membazir.
  94.         Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
  95.         Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
  96.         Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
  97.         Lebih mudah dalam menabung.
  98.         Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
  99.         Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
  100.         Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
  101.         Membuat saya merasa menjadi wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)." (Al-Ahzab: 33).

Wallahuaklam (101 Sebab Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 Akhir Zaman.